2,078 Kes Baharu Covid-19, 8 Kematian

PUTRAJAYA: Kementerian Kesihatan melaporkan 2,078 kes baharu Covid-19 hari ini.

Ketua Pengarah Kesihatan, Dr Noor Hisham Abdullah, berkata jumlah keseluruhan jangkitan sehingga kini mencecah 377,132 kes.

Sarawak melaporkan bilangan kes harian tertinggi, dengan 589 mangsa.

Selangor pula melaporkan 457 kes, diikuti Kelantan (290), Kuala Lumpur (153), Sabah (125), Johor (115), Pulau Pinang (91), Negeri Sembilan (91), Kedah (48), Perak (43), Pahang (32), Melaka (27), Terengganu (8), Labuan (6), Putrajaya (2) dan Perlis (1).

Kes terbaharu melibatkan 2,065 penularan tempatan dan 13 kes import. Kes tempatan menjangkiti 1,885 rakyat Malaysia dan 180 warga asing.

Lapan kematian hari ini semuanya warga tempatan, berusia antara 35 dan 89. Semua kecuali seorang warga emas berusia 81 tahun mempunyai latar belakang penyakit.

Ikuti kami di Telegram Untuk Mendapatkan Berita Dari Negeri Sabah: klik 👉 https://t.me/sabahpost

508