Terus Meningkat, 2,551 Kes Positif Baharu, 2 Kematian

Dr Noor Hisham

PUTRAJAYA: Covid-19 di Malaysia terus meningkat dengan 2,551 jangkitan baharu direkodkan pada Jumaat.

Ia menjadikan jumlah kes keseluruhan sebanyak 370,528 kes setakat ini.

Menurut Ketua Pengarah Kesihatan, Tan Sri Dr Noor Hisham Abdullah menerusi Twitter, Sarawak mencatatkan kes harian tertinggi dengan 960 jangkitan baharu.

Ia diikuti Selangor dengan 590 kes, Kuala Lumpur (245) dan Kelantan (164).

Tambah Dr Noor Hisham, dua kes kematian akibat Covid-19 direkodkan hari ini, menjadikan jumlah keseluruhan 1,365 kes.

“Daripada maklumat terkini yang dilaporkan ke Crisis Preparedness and Response Centre (CPRC) Kebangsaan, dimaklumkan dua kematian dilaporkan hari ini.

“Justeru, jumlah kumulatif kes kematian Covid-19 di Malaysia sebanyak 1,365 kes,” ujarnya.

Sehingga hari ini, 1,524 kes telah pulih dan dibenarkan discaj menjadikan 350,563 kes keseluruhan pulih di Malaysia.

Untuk rekod semasa, 227 kes positif Covid-19 kini dirawat di unit rawatan rapi (ICU) dan 91 kes memerlukan bantuan pernafasan.

Ikuti kami di Telegram Untuk Mendapatkan Berita Dari Negeri Sabah: klik 👉 https://t.me/sabahpost

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *