Adik Nurasniera Perlukan Darah Jenis AB Positif, Ibu Rayu Orang Ramai Derma Darah Di Hospital Pitas

Adik Nurasniera

PITAS: Seorang ibu merayu bantuan orang awam yang memiliki darah jenis ‘AB positif’ untuk tampil menderma agar dapat membantu anaknya yang menghidapi penyakit Hemophagoyctic Limphohistiocytosis.

Menerusi perkongsian di Facebook, Noraine berkata, anaknya Nurasniera Faezah yang berusia satu tahun dua bulan kekurangan darah dan kini berada di Hospital Pitas, Kota Marudu, Sabah.

Oleh itu, dia mengharapkan bantuan mereka yang sudi menderma bagi meringankan beban yang ditanggung oleh anaknya berikutan kesukaran mendapatkan bekalan darah jenis itu.

Penderma yang ingin menderma darah kepada adik Nurasniera boleh menderma atas nama Nurasniera Faezah di Hopsital Pitas atau terus menghubungi Noraine menerusi akaun Facebook Noraine Dan Rahman. – SiakapKeli

https://www.facebook.com/nor.aine.7165/posts/172664828033886

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *