Pemandu Selamat, Lori Muatan Barang Makanan Remuk Teruk

Lori mangsa remuk teruk di bahagian hadapan.    

TAWAU : Seorang pemandu lori terselamat walaupun keadaan kenderaan yang dipandunya remuk akibat melanggar sebuah lagi lori trailer rosak di Batu 26 Jalan Apas Balung, di sini.

Ketua Polis Tawau, Asisten Komisioner Peter Umbuas berkata kemalangan yang berlaku kira-kira jam 5.30 pagi itu, mangsa dari arah bandar Tawau menuju ke Lahad Datu.

“Bagaimanapun, sebaik tiba di lokasi kejadian, mangsa tidak melihat sebuah lori trailer yang rosak berada di lorong sebelah kiri kerana keadaan yang gelap tanpa lampu jalan sebelum melanggarnya.

“Impak kemalangan itu, lori mangsa mengalami kerosakan teruk di sebelah kiri depan dan belakang manakala semua muatannya yang merupakan barang makanan juga rosak,”katanya dalam kenyataan media di sini.

Peter berkata, hasil siasatan mendapati kemalangan berpunca dari kecuaian pemandu lori trailer yang meletakkan kenderaanya di kawasan gelap tanpa meletakkan alat kecemasan segi tiga keselamatan dan tidak memasang lampu signal.

“Kedua-dua pemandu tidak mengalami sebarang kecederaan dan kes disiasat mengikut Rule 16(1) LN166/59,”katanya.  – Utusan Borneo

Ikuti kami di Telegram Untuk Mendapatkan Berita Dari Negeri Sabah: klik 👉 https://t.me/sabahpost

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *