COVID19: 1,302 Kes Baharu, 4 Kematian Hari Ini

PUTRAJAYA : Kementerian Kesihatan melaporkan 1,302 kes baharu Covid-19 dan empat kematian, berbanding 1,127 pesakit pulih.

Ini menjadikan 326,309 kes pulih daripada keseluruhan 341,944 kes Covid-19 dengan 1,255 kematian direkodkan setakat ini.

Ketua Pengarah Kesihatan, Dr Noor Hisham Abdullah berkata, terdapat 14,380 kes aktif dengan 76 daripada 169 pesakit di unit rawatan rapi memerlukan bantuan pernafasan.

Katanya, Sarawak mencatatkan jumlah jangkitan tertinggi, iaitu 426 kes.

Ia diikuti Selangor (256), Pulau Pinang (212), Johor (176), Kuala Lumpur (58), Sabah (38), Kelantan (34), Pahang (32), Perak (23), Kedah (23), Negeri Sembilan (sembilan), Labuan (enam), Melaka (lima), Terengganu (dua ) dan Putrajaya (dua).

Perlis tidak melaporkan sebarang kes baharu.

Daripada jumlah kes baharu itu, sembilan ialah kes import dan 1,293 lagi kes penularan tempatan, yang terdiri daripada 840 warganegara dan 453 warga asing.

Ikuti kami di Telegram Untuk Mendapatkan Berita Dari Negeri Sabah: klik 👉 https://t.me/sabahpost

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *