SPRM Sabah Tahan Lelaki Cuba Sogok RM5,000

KOTA KINABALU: Seorang lelaki ditahan Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) Sabah kerana disyaki cuba memberi rasuah sebanyak RM5,000 kepada seorang pegawai kerajaan negeri, semalam.

Suspek berusia lingkungan 50 tahun yang bekerja sendiri ditahan jam 5.30 petang di Pejabat SPRM Sabah.

Sumber berkata, suspek ditahan kerana memberi rasuah sebanyak RM5,000 kepada seorang pegawai kerajaan negeri sebagai dorongan untuk meringankan pertuduhan terhadap individu lain yang melakukan kesalahan menyimpan haiwan dilindungi.

Pengarah SPRM Sabah, S Karunanithy ketika dihubungi mengesahkan penahanan berkenaan.

“Suspek dibebaskan dengan jaminan SPRM sebanyak RM8,000 dengan dua penjamin tempatan.

“Kes disiasat mengikut Seksyen 16(b)(B) Akta SPRM (ASPRM) 2009,” katanya.

Ikuti kami di Telegram Untuk Mendapatkan Berita Dari Negeri Sabah: klik 👉 https://t.me/sabahpost

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *