Pendaftaran Vaksin Di Sabah Masih Rendah

KOTA KINABALU: Pendaftaran penerima vaksin Covid-19 di Sabah ketika ini hanya 7.54 peratus atau seramai 294,568 orang daripada populasi keseluruhan penduduk Sabah iaitu 3.904 juta orang.

Pengarah Majlis Keselamatan Negara (MKN) negeri Sabah, Sharifah Sitti Saleha Habib Yussof berkata, sehingga semalam bilangan individu berusia 18 tahun dan ke atas yang mendaftar bagi menerima vaksin menerusi Program Iminusasi Covid-19 Kebangsaan di negeri ini masih rendah.

Untuk meningkatkan kadar pendaftaran penerima vaksin di negeri Sabah, agensi kerajaan persekutuan dan negeri telah merangka strategi yang sesuai dan komprehensif untuk memastikan golongan sasar dapat mendaftar atau didaftarkan sebagai penerima vaksin Covid-19.

Menurutnya,  pelbagai kaedah dan pendekatan turut dirangka bagi memastikan masyarakat tidak terus tercicir dalam Program Imunisasi COVID-19 Kebangsaan.

Bagi tujuan tersebut, kerajaan melalui Covid-19 Immunisation Task Force (CITF) negeri telah merancang program turun padang (outreach) untuk pergi ke kawasan yang kurang menerima liputan talian dan akses internet untuk menyampaikan maklumat lengkap berkenaan dengan vaksin Covid-19 dan seterusnya membantu masyarakat setempat mendaftar sebagai penerima vaksin.

Selain itu, kerajaan telah mengeluarkan arahan kepada semua ketua jabatan kerajaan untuk untuk memastikan kesemua penjawat awam persekutuan dan negeri beserta tanggungan untuk mendaftar sebagai penerima vaksin. – BorneoToday

Ikuti kami di Telegram Untuk Mendapatkan Berita Dari Negeri Sabah: klik 👉 https://t.me/sabahpost

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *