COVID-19: 1,119 Kes Baharu, 2 Kematian Hari Ini

PUTRAJAYA: Kementerian Kesihatan melaporkan 1,257 pesakit sembuh berbanding 1,199 kes baharu Covid-19 dan dua kematian.

Ini menjadikan 325,182 kes pulih daripada keseluruhan 340,642 kes Covid-19 dengan 1,251 kematian direkodkan setakat ini.

Ketua Pengarah Kesihatan, Dr Noor Hisham Abdullah berkata, terdapat 14,209 kes aktif dengan 72 daripada 167 pesakit di unit rawatan rapi memerlukan bantuan pernafasan.

Daripada jumlah kes baharu itu, katanya, lima kes import dan baki 1,194 kes ialah penularan tempatan, yang terdiri daripada 959 warganegara dan 235 warga asing.

Selangor masih mencatatkan jumlah kes baharu tertinggi, iaitu 283 kes.

“Daripada jumlah ini, 203 kes (71.7%) daripada kluster dan saringan kontak rapat,” katanya dalam kenyataan.

Ia diikuti Sarawak (267), Kelantan (138), Pulau Pinang (125), Kuala Lumpur (84), Johor (81), Sabah (64), Negeri Sembilan (43), Melaka (36), kedah (33), Pahang (30), Perak (sembilan), Terengganu (tiga), Labuan (dua) dan Putrajaya (satu).

Noor Hisham berkata, dua kematian itu masing-masing membabitkan seorang warganegara di Sabah dan warga asing di Pulau Pinang yang berusia 52 serta 60 tahun, serta mempunyai latar belakang penyakit seperti hati kronik dan kencing manis.

Ikuti kami di Telegram Untuk Mendapatkan Berita Dari Negeri Sabah: klik 👉 https://t.me/sabahpost

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *