Semua Operasi Tamu Di Kota Belud Ditutup

KOTA BELUD: Susulan peningkatan kes Covid-19, Majlis Daerah Kota Belud (MDKB) memutuskan untuk menutup sementara operasi semua tamu di daerah ini berkuatkuasa serta merta.

Perkara itu dimaklumkan menerusi laman Facebook Majlis Daerah Kota Belud semalam.

Keputusan itu diambil sebagai langkah pencegahan dan penularan Covid-19 di daerah ini.

Dengan itu, semua aktiviti tamu di bawah seliaan MDKB tidak dibenarkan beroperasi atau ditutup sementara sehingga tarikh yang akan ditentukan kelak.

Penutupan operasi membabitkan Tamu Mingguan Kota Belud, Tamu Amanah Ikhtiar (AIM) Kota Belud, Tamu Taginambur, Tamu Pekan Nabalu, Tamu Pandasan, Tamu Rabu dan Pasar Malam, Kota Belud.

Bermula hari ini, dua lokaliti iaitu Kampung Lebak Moyoh dan Kampung Siasai Tamu diletakkan di bawah Perintah Kawalan Pergerakan Diperketatkan (PKPD) sehingga 8 April ini, berikutan kewujudan kluster Siasai Tamu yang merekodkan 11 kes positif setakat semalam.

Ikuti kami di Telegram Untuk Mendapatkan Berita Dari Negeri Sabah: klik 👉 https://t.me/sabahpost

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *