COVID-19: 1,327 Kes Baharu, 4 Kematian Direkodkan Hari Ini

Dr Noor Hisham

PUTRAJAYA: Sebanyak 1,327 jangkitan baharu COVID-19 dilaporkan, hari ini, yang menyaksikan Selangor terus mencatat angka harian tertinggi dengan 366 kes.

Ketua Pengarah Kesihatan, Tan Sri Dr Noor Hisham Abdullah, berkata pertambahan meliputi 11 kes import yang mendapat jangkitan dari luar negara itu membawa kepada jumlah kumulatif 333,040 dan 14,518 kes aktif di negara ini.

Beliau berkata, dua negeri menyusuli Selangor menyumbang angka jangkitan tertinggi kali ini ialah Sarawak dengan 276 kes dan Pulau Pinang (205).

“Empat kematian baharu akibat COVID-9 direkod, menjadikan jumlah kumulatifnya mencecah 1,233 kes,” katanya dalam kenyataan, hari ini.

Hingga jam 12 tengah hari tadi, sebanyak 1,247 pesakit dilaporkan sembuh yang membawa kepada jumlah keseluruhan 317,289 kes, setakat ini.

Dalam pada itu, 154 kes sedang dirawat di Unit Rawatan Rapi (ICU) dengan 65 memerlukan bantuan alat pernafasan.

Ikuti kami di Telegram Untuk Mendapatkan Berita Dari Negeri Sabah: klik 👉 https://t.me/sabahpost

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *