Dua Maut, Satu Parah Dilanggar Ketika Tukar Tayar

Anggota bomba mengeluarkan mayat dari bawah kenderaan pacuan empat roda yang merempuh bas mini dalam kejadian di Jalan Utara, dekat Batu 5, Sandakan pada Ahad.

SANDAKAN: Dua lelaki maut selepas dirempuh sebuah kenderaa pacuan empat roda ketika sedang menukar tayar bas mini dalam satu kejadian di Jalan Utara, dekat Batu 5, di sini, pada Ahad.

Dalam kejadian sekitar pukul 1.30 tengah hari itu, identiti semua mangsa belum dikenal pasti.

Namun berdasarkan maklumat awal diterima, mangsa yang maut merupakan pemandu bas mini dan konduktornya.

Anggota bomba mengeluarkan mayat dari bawah kenderaan pacuan empat roda yang merempuh bas mini dalam kejadian di Jalan Utara, dekat Batu 5, Sandakan pada Ahad.

Manakala, seorang lagi lelaki yang juga rakan mereka dilaporkan mengalami kecederaan parah.

Difahamkan, sebelum kejadian mangsa berhenti di tepi jalan raya dan ketika sedang menukar tayar bas, sebuah pacuan empat roda merempuh mereka dari arah belakang.

Ketua Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) Sandakan, Jimmy Lagung berkata, pihaknya bergegas ke lokasi kejadian selepas menerima panggilan.

“Setakat ini dua mangsa disahkan meninggal dunia di lokasi kejadian dan seorang lagi parah.

“Mangsa yang parah sudah dihantar ke Hospital Duchess of Kent (HDOK) Sandakan untuk rawatan lanjut. Manakala mayat turut dihantar ke bilik mayat hospital sama,” katanya dalam satu kenyataan, pada Ahad.

Beginilah keadaan bas mini yang dirempuh kenderaan pacuan empat roda.

Beliau turut memaklumkan pemandu pacuan empat roda itu tidak mengalami sebarang kecederaan. – AWANI

Ikuti kami di Telegram Untuk Mendapatkan Berita Dari Negeri Sabah: klik 👉 https://t.me/sabahpost

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *