DBKK Roboh 85 Rumah Setinggan Haram Warga Asing Di Kota Kinabalu

Operasi itu dijalankan di sebuah kawasan penempatan haram yang dihuni majoriti warga asing. – Foto DBKK

KOTA KINABALU: Sebanyak 85 rumah setinggan haram dirobohkan dalam Operasi Bersepadu ‘Op Roboh’ berhampiran Kampung Cenderakasih, Kolombong, di sini dalam operasi selama dua hari oleh Dewan Bandaraya Kota Kinabalu (DBKK).

Operasi yang berakhir pada Khamis itu diketuai DBKK dengan dibantu Polis Diraja Malaysia (PDRM), Sabah Elektricity Sdn Bhd (SESB) dan Jabatan Air Negeri Sabah (JANS).

Pengarah Penguat Kuasa DBKK, Abdul Mukti Muchlish berkata, operasi itu dijalankan di sebuah kawasan penempatan haram yang dihuni majoriti warga asing.

Operasi itu dijalankan di sebuah kawasan penempatan haram yang dihuni majoriti warga asing. – Foto DBKK

“Operasi dilaksanakan kerana pihak DBKK sering menerima aduan daripada penduduk berhampiran berkenaan masalah jenayah dan sosial seperti kes curi eletrik, curi air, syabu, judi dan masalah sosial yang lain di kawasan penempatan haram ini.

“Operasi dijalankan selama dua hari membabitkan 27 anggota terdiri daripada 15 penguat kuasa DBKK, PDRM, SESB, dan JANS,” katanya dalam kenyataan media, pada Jumaat.

Katanya, DBKK juga mengenal pasti beberapa penempatan haram yang lain di Kota Kinabalu dan akan mengambil tindakan sewajarnya berdasarkan peruntukan undang-undang. – AWANI

Ikuti kami di Telegram Untuk Mendapatkan Berita Dari Negeri Sabah: klik 👉 https://t.me/sabahpost

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *