Mayat Wanita Ditemui Terapung Di Sungai Padas

TENOM: Seorang wanita yang dikhuatiri lemas selepas terjatuh ke Sungai Padas di sini, Isnin lalu, disahkan meninggal dunia selepas ditemui terapung di Sungai Padas, Kampung Batu-Batu, pagi tadi.

Mangsa, Masliah Michael, 48, ditemui penduduk kampung kira-kira jam 8.30 pagi, di kedudukan tiga kilometer dari lokasi mangsa dilaporkan terjatuh.

Ketua Balai Bomba dan Penyelamat Tenom, Mohd Zainal Sinsian berkata, sebaik menerima panggilan kecemasan berhubung kejadian berkenaan pada jam 11.15 malam Isnin laluz

Katanya, operasi mencari dan menyelamat (SAR) terpaksa dijalankan oleh pasukan penyelamat bermula jam 8 pagi Selasa tetapi terpaksa ditangguhkan selepas tiada sebarang petanda penemuan mangsa.

“Operasi disambung semula hari ini, bermula jam 8.30 pagi membabitkan 11 anggota bomba bersama empat anggota polis.

“Pasukan SAR kemudiannya menerima maklumat bahawa mangsa sudah ditemui penduduk kampung terapung kira-kira tiga kilometer dari lokasi mangsa terjatuh,” katanya ketika dihubungi, hari ini.

Zainal berkata, usaha mengambil mayat mangsa dari sungai berkenaan terus dilakukan pasukan SAR bantuan pihak polis.

“Mayat mangsa kemudian diserahkan kepada polis untuk tindakan selanjutnya dan operasi SAR ditamatkan sejurus selepas itu,” katanya. – AsiaTimes

Ikuti kami di Telegram Untuk Mendapatkan Berita Dari Negeri Sabah: klik 👉 https://t.me/sabahpost