24 Murid Pra-Sekolah SK Kepayan Jalani Saringan Covid-19

KOTA KINABALU: Seramai 24 murid Pra-sekolah, dua guru dan dua pembantu pengurusan murid di Sekolah Kebangsaan (SK) Kepayan menjalani ujian saringan Covid-19 susulan pengesanan kes positif yang berlaku di sekolah tersebut.

Menteri Kerajaan Tempatan dan Perumahan, Datuk Seri Panglima Masidi Manjun berkata, jangkitan berpunca dari luar sekolah yang merupakan kontak rapat iaitu ibu kepada seorang murid.

Buat masa ini sekolah tidak ditutup untuk kerja-kerja disinfeksi kerana jangkitan adalah dari luar sekolah.

Mengenai gelembung perjalanan (travel bubble), kerajaan negeri melalui Jawatankuasa Pengurusan Bencana Covid-19 negeri Sabah masih belum membenarkan aktiviti travel bubble antara negeri dibawah Perintah Kawalan Pergerakan Pemulihan (PKPP).

Bagaimanapun, perkara ini akan dibincangkan semula apabila angka kes jangkitan di Sabah benar-benar stabil.

Setakat semalam, kes baharu yang dilaporkan di Sabah adalah 29 kes positif, dengan kumulatif 53,932 kes. – BorneoToday

Ikuti kami di Telegram Untuk Mendapatkan Berita Dari Negeri Sabah: klik 👉 https://t.me/sabahpost

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *