PUTRAJAYA: Sebanyak 1,575 jangkitan baharu COVID-19 dilaporkan, hari ini, menjadikan jumlah kumulatifnya mencecah 320,939 dengan 17,074 kes aktif di negara ini.
Ketua Pengarah Kesihatan, Tan Sri Dr Noor Hisham Abdullah, berkata 1,568 kes berkenaan adalah penularan tempatan membabitkan 1,269 (80.9 peratus) rakyat Malaysia dan 299 (19.1 peratus) lagi warga asing.
Beliau berkata, baki tujuh jangkitan baharu pula adalah kes import membabitkan seorang rakyat Malaysia dan enam warga asing.
“Tiga kematian baharu akibat COVID-19 direkodkan, hari ini, membabitkan dua warganegara dan seorang warga asing.
“Ia membawa kepada jumlah kumulatif 1,203 kes (0.37 peratus), hingga kini,” katanya dalam kenyataan, hari ini.
Seramai 147 pesakit pula sedang dirawat di Unit Rawatan rapi (ICU) dengan 67 memerlukan alat bantuan pernafasan.
Dalam pada itu, seramai 2,042 pesakit COVID-19 pulih, hari ini, menjadikan jumlah kumulatifnya 302,662 kes (94.3 peratus).
Ikuti kami di Telegram Untuk Mendapatkan Berita Dari Negeri Sabah: klik 👉 https://t.me/sabahpost