PATI Ditahan Bunuh Penyelia Ladang

TAWAU; 10 MARCH 2020 (Rabu) – Polis menahan seorang lelaki Pendatang Asing Tanpa Izin (PATI) selepas terlibat membunuh seorang Penyelia Ladang di kawasan ladang sawit Batu-12, Jalan Sin On Tiku, Tawau, kelmarin.

Ketua Polis Daerah Tawau, ACP Peter Umbuas dalam sidang medianya berkata, suspek berusia 31-tahun itu ditahan kira-kira 4 petang selepas dipercayai ditangkap oleh orang awam sebelum menyerahkannya kepada polis.

Dalam kejadian itu, mayat penyelia ladang yang juga warga asing berusia 57 tahun ditemui di tepi jalan berdekatan simpang keluar masuk kenderaan ke ladang terbabit.

Menurut ACP Peter, suspek yang baru dua bulan bekerja di ladang itu dipercayai rakan baik mangsa yang telah menjadi penyelia ladang 20-tahun di ladang berkenaan.

Motif pembunuhan masih dalam siasatan, bagaimanapun suspek dipercayai mengalami halusinasi serta masalah mental berikutan pernah cuba melakukan rawatan tradisional sebelum ini.

Suspek kini ditahan reman 14-hari bermula semalam dan kes diklasifikasi di bawah seksyen 302 Kanun Keseksaan.

SumbeR: BESTAWAUfm

Ikuti kami di Telegram Untuk Mendapatkan Berita Dari Negeri Sabah: klik 👉 https://t.me/sabahpost

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *