Sindiket ‘Mining Bitcoin’ Curi Elektrik Di Tawau Tumpas, Rampas 60 Mesin

TAWAU; 10 MARCH 2021 (Rabu) : Polis Tawau berjaya merampas 60-unit mesin Mining BitCoin yang dianggarkan bernilai RM180,000.00 dalam dua serbuan berasingan di Bandar Sri Indah (BSI), Tawau, semalam.

Ketua Polis Daerah Tawau, ACP Peter Umbuas berkata, dalam Serbuan Bersepadu yang dilakukan bersama Sabah Elecktircity Sdn Bhd (SESEB) dan pihak penguatkuasa Majlis Perbandaran Tawau (MPT) itu, pihaknya turut menahan seorang lelaki tempatan berusia 38 tahun selain merampas 20 unit mesin ‘Mining BitCoin’ dan perkakasan lain yang aktif beroperasi di premis berkenaan.

Beliau berkata demikian dalam sidang medianya di Ibu Pejabat Daerah (IPD) Tawau.Menurutnya, siasatan mendapati premis berkenaan telah beroperasi sejak Disember tahun lalu.

Lelaki yang ditahan itu turut mengaku menyewa premis dan melakukan aktiviti mencuri bekalan elektrik yang menyebabkan kerugian kepada SESB lebih RM27,000.00.

Sementara itu, dalam serbuan kedua di premis yang berada kira-kira 5 meter dari premis pertama, pihaknya turut merampas 40 unit mesin Mining Bitcoin yang juga sedang aktif beroperasi termasuk peralatan berkaitan antaranya, sebuah monitor, CPU, Keybord, Destop serta Modem.

Bagaimanapun, tiada tangkapan dilakukan berikutan tiada individu di premis berkenaan.

Hasil siasatan, SESB mengalami kerugian lebih RM4,000.00 dengan kegiatan mencuri bekalan arus elektrik.

ACP Peter berkata, kes tersebut merupakan pertama kali berlaku di daerah ini dan tidak menolak kemungkinan ia mempunyai rangkaian dengan sindiket di daerah lain di negeri ini.

Kedua-dua kes berkenaan akan disiasat di bawah Seksyen 397 Kanun Keseksaan kerana mencuri arus elektrik.

Kedua-dua kes berkenaan akan disiasat di bawah Seksyen 397 Kanun Keseksaan kerana mencuri arus elektrik.

Ikuti kami di Telegram Untuk Mendapatkan Berita Dari Negeri Sabah: klik 👉 https://t.me/sabahpost

SumbeR: BESTAWAUfm

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *