Datuk Syaitan! Cabul Cucu Usia 5 Tahun

Gambar Hiasan

KOTA MARUDU: Polis menahan lelaki 60 tahun disyaki mencabul cucu perempuannya berusia lima tahun di sini, semalam.

Ketua Polis Daerah Kota Marudu Superintendan Mohd Izaan Abdullah berkata, suspek ditahan susulan laporan dibuat bapa mangsa kira-kira 4 petang.

“Kegiatan suspek terbongkar selepas bapa mangsa mendengar suara kanak-kanak itu mengadu ‘sakit’ ketika melalui bilik suspek yang juga bapa mentuanya.

“Suspek dilihatnya berada dalam keadaan separuh bogel dan menyentuh mangsa,” katanya ketika dihubungi di sini, hari ini.

Mohd Izaan berkata, suspek kini direman untuk siasatan mengikut Seksyen 14(a) Akta Kesalahan-Kesalahan Seksual Terhadap Kanak-Kanak 2017. – HMetro

Ikuti kami di Telegram Untuk Mendapatkan Berita Dari Negeri Sabah: klik 👉 https://t.me/sabahpost

3524