COVID-19: Kes Baharu Di Sabah Kembali 2 Angka

KOTA KINABALU: Menteri Kerajaan Tempatan dan Perumahan Sabah, Masidi Manjun berkata, jumlah kes baharu Covid-19 di Sabah kembali kepada dua angka dengan hanya 53 kes dilaporkan hari ini.

“Alhamdullilah, nombor yang bagus hari ini. Jumlah kes baharu di Sabah hanya 53 dan Kota Kinabalu hanya merekodkan satu kes untuk tempoh 24 jam lalu,” tulisnya di Twitter.

Beliau berkata, kluster Sinsingon di Nabawan yang mencatatkan jumlah kes banyak sejak beberapa hari lalu dilihat terkawal dengan hanya 11 kes baharu dilaporkan.

“Tolong teruskan patuhi segala SOP,” kata jurucakap perkembangan Covid-19 di Sabah itu.

Ikuti kami di Telegram Untuk Mendapatkan Berita Dari Negeri Sabah: klik 👉 https://t.me/sabahpost

1532