Harga Diesel Kekal, RON95 & RON97 Naik 5 Sen Sahaja

KUALA LUMPUR: Harga petrol mencecah paras siling dengan kenaikan lima sen, manakala harga diesel tidak berubah mulai tengah malam ini.

Harga RON95 dan RON97 masing-masing dinaikkan kepada RM2.05 serta RM2.35 seliter, manakala diesel kekal pada RM2.15 seliter.

Kadar baru itu akan berkuat kuasa esok sehingga 3 Mac ini.

“Bagi melindungi pengguna daripada kesan kenaikan harga sebenar minyak di pasaran global, kerajaan akan mengekalkan paras harga siling RM2.05 seliter bagi petrol RON95 dan RM2.15 seliter bagi diesel, walaupun harga runcit Mekanisme Harga Automatik (APM) bagi RON95 dan diesel meningkat lebih 10 sen berbanding had harga siling yang ditetapkan

“Kerajaan akan terus memantau kesan perubahan harga minyak mentah dunia serta mengambil langkah yang sesuai bagi memastikan kebajikan dan kesejahteraan rakyat terus terpelihara,” kata Kementerian Kewangan dalam kenyataan.

Ikuti kami di Telegram Untuk Mendapatkan Berita Dari Negeri Sabah: klik 👉 https://t.me/sabahpost

1268