COVID-19: 2,253 Kes Baharu & 11 Lagi Kematian

Dr Noor Hisham

PUTRAJAYA: Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) memaklumkan bahawa terdapat 2,253 kes baharu covid-19 yang dilaporkan pada hari ini.

Menerusi maklumat yang dikongsikan melalui akaun Twitter rasmi KKM, 2,253 kes baharu yang dilaporkan pada hari ini menjadikan jumlah kumulatif kes Covid-19 yang dilaporkan meningkat kepada 295,951 kes secara keseluruhan.

Daripada 2,253 kes baharu yang dilaporkan pada hari ini, sebanyak 2,246 merupakan kes tempatan manakala 7 lagi adalah kes import.

Jumlah kes aktif yang dilaporkan pula adalah sebanyak 27,994 kes. Mereka telah diasingkan dan diberikan rawatan.

Terdapat 201 kes yang sedang dirawat di ICU dan 93 kes memerlukan alat bantuan pernafasan.

Jumlah kes discaj yang dilaporkan pada hari ini pula adalah sebanyak 3,085. Oleh itu, jumlah kumulatif kes discaj meningkat kepada 266,846.

KKM juga turut memaklumkan bahawa terdapat 11 kes kematian yang dicatatkan pada hari ini.  Justeru, jumlah kumulatif kes kematian meningkat kepada 1,111 kes.

Selangor mencatatkan kes harian tertinggi pada hari ini dengan 633 kes baharu diikuti negeri Perak dengan 545 kes.

Ikuti kami di Telegram Untuk Mendapatkan Berita Dari Negeri Sabah: klik 👉 https://t.me/sabahpost

553