Detik Bersejarah, Muhyiddin Terima Suntikan Dos Pertama Vaksin Covid-19

Foto BERNAMA

KUALA LUMPUR: Perdana Menteri Muhyiddin Yassin menerima suntikan pertama dos vaksin Covid-19 Pfizer-BioNTech.

Menerusi Program Imunisasi Covid-19 Kebangsaan bermula secara rasmi hari ini, perdana menteri menerima vaksin tersebut di Klinik Kesihatan Presint 11, Putrajaya.

Suntikan vaksin itu dilakukan Ketua Jurawat Klinik Kesihatan Putrajaya, Lina Ibrahim tepat jam 2.42 petang

Menteri Sains, Teknologi dan Inovasi Khairy Jamaluddin, Menteri Kesihatan, Dr Adham Baba dan Ketua Pengarah Kesihatan, Dr Noor Hisham Abdullah turut menyaksikan suntikan tersebut.

Selain Muhyiddin, turut dijadualkan menerima vaksin itu Dr Noor Hisham Abdullah serta empat lagi warga kerja Kementerian Kesihatan.

Terdahulu Muhyiddin tiba di Klinik Kesihatan Presint 11, Putrajaya jam 2.25 petang sebelum mendengar taklimat ringkas.

Ikuti kami di Telegram Untuk Mendapatkan Berita Dari Negeri Sabah: klik 👉 https://t.me/sabahpost

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *