Cara Mohon Semula Keputusan Sijil Peperiksaan Secara Online, Terus Dihantar Sampai Rumah

Korang yang dah lama tinggalkan zaman sekolah mesti tengah hadapi masalah ketika mohon kerja kan?.. Ada sesetengah syarikat yang mahukan pelbagai rujukan termasuklah perlu lampirkan sijil keputusan peperiksaan awam bersama resume.

Masalahnya sekarang sijil-sijil termasuk ada yang dah rosak dan hilang. Jadi macam mana nak buat?

Jangan risau, sebenarnya ada jalan penyelesaian yang paling mudah untuk korang ikut. Ikuti perkongsian daripada wanita ini tentang cara untuk dapatkan semula salinan sijil dari PMR sehinggalah STPM atau STAM.

Sekarang dah mudah tau nak minta salinan keputusan peperiksaan PMR / SPM / STAM dan lain-lain. Pening pikir macam mana, bila interview nak tengok keputusan yang original, tak nak potostat punya.

Buka je website https://elp.moe.gov.my/, pastu pilih nak salinan keputusan ape, pastu isi je borang nye. Tak sampai seminggu dah dapat. Alhamdulillah… Tapi, ade sikit lah caj kene bayar…

Semoga bermanfaat..

Ikuti kami di Telegram Untuk Mendapatkan Berita Dari Negeri Sabah: klik 👉 https://t.me/sabahpost

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *