SPRM Sabah Tahan Pegawai Kerajaan Beri Kontrak Kepada Keluarga

KOTA KINABALU: Seorang pegawai sebuah institut latihan awam ditahan Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) kerana disyaki menyalahgunakan kedudukannya memberikan beberapa kontrak bernilai RM36,000 kepada ahli keluarganya.

Pengarah SPRM Sabah, S Karunanithy ketika dihubungi mengesahkan penahanan lelaki berusia lingkungan 40 tahun berkenaan ditahan di pejabat SPRM Sabah, jam 12.15 tengah hari tadi.

Katanya, suspek ditahan berhubung pemberian beberapa kontrak pembekalan dan pembaikan peralatan teknologi komunikasi maklumat (ICT) serta pembekalan makanan kepada ahli keluarga.

“Suspek akan dituduh di Mahkamah Khas Rasuah Kota Kinabalu jam 9 pagi esok mengikut Seksyen 23 Akta SPRM 2009,” katanya.

Sementara itu, dalam perkembangan lain Karunanithy juga mengesahkan dua lagi individu ditahan susulan penahanan empat kakitangan sebuah agensi Kerajaan Persekutuan di negeri ini berhubung kesalahan mengemukakan tuntutan elaun perjalanan palsu beberapa hari lalu.

Katanya, suspek berusia 39 dan 41 tahun itu ditahan jam 12 tengah hari tadi di pejabat SPRM Sabah atas kesalahan sama iaitu Seksyen 18 Akta SPRM 2009.

“Mereka akan dituduh di ke Mahkamah Khas Rasuah Kota Kinabalu esok,” katanya. – HMetro

Ikuti kami di Telegram Untuk Mendapatkan Berita Dari Negeri Sabah: klik 👉 https://t.me/sabahpost

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *