COVID-19: 2,464 Kes Baharu & 7 Kematian Dicatatkan Hari Ini

KUALA LUMPUR: Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) memaklumkan bahawa terdapat 2,464 kes baharu covid-19 yang dilaporkan pada hari ini.

Menerusi maklumat yang dikongsikan melalui akaun Twitter rasmi KKM, 2,464 kes baharu yang dilaporkan pada hari ini menjadikan jumlah kumulatif kes Covid-19 yang dilaporkan meningkat kepada 264,269 kes secara keseluruhan.

Daripada 2,464 kes baharu yang dilaporkan pada hari ini, sebanyak 2,461 merupakan kes tempatan manakala 3 lagi adalah kes import.

Jumlah kes aktif yang dilaporkan pula adalah sebanyak 49,490 kes. Mereka telah diasingkan dan diberikan rawatan.

Terdapat 260 kes yang sedang dirawat di ICU dan 111 kes memerlukan alat bantuan pernafasan.

Jumlah kes discaj yang dilaporkan pada hari ini pula adalah sebanyak 4,525. Oleh itu, jumlah kumulatif kes discaj meningkat kepada 213,814 kes.

Kes sembuh pada hari ini juga adalah yang paling tinggi pernah dilaporkan.

KKM juga turut memaklumkan bahawa terdapat 7 kes kematian yang dicatatkan pada hari ini.  Justeru, jumlah kumulatif kes kematian meningkat kepada 965 kes.

Ikuti kami di Telegram Untuk Mendapatkan Berita Dari Negeri Sabah: klik 👉 https://t.me/sabahpost

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *