COVID-19: 3,499 Kes Baharu & 5 Kematian Dilaporkan Hari Ini

KUALA LUMPUR: Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) memaklumkan bahawa terdapat 3,499 kes baharu covid-19 yang dilaporkan pada hari ini.

Menerusi maklumat yang dikongsikan melalui akaun Twitter rasmi KKM, 3,499 kes baharu yang dilaporkan pada hari ini menjadikan jumlah kumulatif kes Covid-19 yang dilaporkan meningkat kepada 261,805 kes secara keseluruhan.

Daripada 3,499 kes baharu yang dilaporkan pada hari ini, sebanyak 3,498 merupakan kes tempatan manakala 1 lagi adalah kes import.

Jumlah kes aktif yang dilaporkan pula adalah sebanyak 51,558 kes. Mereka telah diasingkan dan diberikan rawatan.

Terdapat 263 kes yang sedang dirawat di ICU dan 118 kes memerlukan alat bantuan pernafasan.

Jumlah kes discaj yang dilaporkan pada hari ini pula adalah sebanyak 3,515. Oleh itu, jumlah kumulatif kes discaj meningkat kepada 209,289 kes.

Ikuti kami di Telegram Untuk Mendapatkan Berita Dari Negeri Sabah: klik 👉 https://t.me/sabahpost