Lelaki Ditemukan Tergantung

Tali yang disyaki digunakan mangsa masih kelihatan tergantung di pagar pintu belakang bahagian tingkat atas rumah berkenaan.- Gambar Ihsan Polis

LABUAN: Seorang lelaki berusia 24 tahun ditemukan tergantung di pintu bilik tingkat atas rumahnya di taman perumahan di Kampung Pohon Batu, di sini, semalam.

Mayat mangsa ditemui jirannya sebelum mereka menghubungi polis sekitar jam 9.35 pagi.

Ketua Polis Labuan, Deputi Superintendan Mohd Ibrahim Mohd Ghani berkata, sepasukan polis yang menjalankan siasatan di lokasi menemukan tali yang masih tergantung di pagar berkenaan.

Katanya, kematian mangsa disahkan pasukan Forensik Hospital Labuan yang tiba di lokasi kejadian.

“Pemeriksaan awal mendapati tiada kecederaan fizikal ditemukan pada anggota badan mangsa,” katanya dalam kenyataan media, hari ini.

Tambahnya, mayat mangsa sudah dihantar ke hospital untuk bedah siasat.

“Punca kejadian masih dalam siasatan dan kes disiasat sebagai matu mengejut (SDR),” katanya.

Difahamkan, kali terakhir mangsa dilihat oleh ahli keluarganya pada Khamis lalu. – HMetro

Ikuti kami di Telegram Untuk Mendapatkan Berita Dari Negeri Sabah: klik 👉 https://t.me/sabahpost

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *