16 PTI Antara 21 Individu Ditahan Cuba Rentas Daerah Melalui Lorong Tikus

Seramai 21 individu termasuk 16 pendatang asing tanpa izin (Pati) ketika cuba melalui jalan tikus di Jalan Lama Kota Kinabalu – Beluran, semalam.

BELURAN, 13 Feb : Pasukan keselamatan menahan 21 individu yang didapati cuba merentas daerah menggunakan “laluan tikus” dekat sini pagi semalam.

Ketua Polis Daerah Beluran Supt Kasim Muda berkata mereka ditahan sepasukan anggota daripada Batalion 20 Pasukan Gerakan Am (PGA) ketika membuat rondaan di laluan tikus terbabit kira-kira 5.30 pagi.

“Mereka berumur  tiga hingga 41 tahun dan mendakwa berpindah dari sebuah ladang sawit di Telupid ke sebuah lagi ladang di Kinabatangan. Kedua-dua ladang milik sebuah syarikat yang sama.

Antara mereka yang ditahan bersama kenderaan menggunakan laluan tikus. Supt. Kassim Muda (gambar kecil).

“Seramai 16 orang daripada mereka tidak mempunyai sebarang dokumen perjalanan yang sah dan dipercayai warga Indonesia, manakala empat merupakan rakyat tempatan dan seorang warga Indonesia mempunyai dokumen yang sah,” katanya dalam kenyataan hari ini.

Kasim berkata pihak berkuasa turut merampas tiga kenderaan pacuan empat roda. 

Katanya kes disiasat menurut  Seksyen 6 (1) (c) Akta Imigresen 1959/63 kerana tidak memiliki dokumen perjalanan yang sah dan Seksyen 55E akta sama terhadap pemilik ladang kerana membenarkan warga asing berada di dalam premis. – BERNAMA

Ikuti kami di Telegram Untuk Mendapatkan Berita Dari Negeri Sabah: klik 👉 https://t.me/sabahpost

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *