RON95, RON97 Naik 3 Sen, Diesel 4 Sen Sahaja

KUALA LUMPUR: Harga runcit petrol RON97 dan RON95 masing-masing naik tiga sen berkuat kuasa tengah malam ini.

Kementerian Kewangan dalam kenyataan hari ini turut mengumumkan kenaikan harga runcit diesel sebanyak empat sen.

Kenyataan itu berkata, harga runcit produk petroleum bagi tempoh 13 hingga 19 Februari itu dibuat berdasarkan penetapan harga runcit produk petroleum secara mingguan menggunakan formula Automatic Pricing Mechanism (APM).

“Harga runcit RON97 naik tiga sen seliter iaitu daripada RM2.23 kepada RM2.26 seliter, manakala RON95 naik daripada RM1.93 kepada RM1.96 seliter.

“Harga diesel pula naik daripada RM2.11 kepada RM2.15 seliter,” katanya.

Kementerian Kewangan berkata, kerajaan akan terus memantau kesan perubahan harga minyak mentah dunia serta mengambil langkah bersesuaian bagi memastikan kebajikan dan kesejahteraan rakyat terus terpelihara. – BH Online

Ikuti kami di Telegram Untuk Mendapatkan Berita Dari Negeri Sabah: klik 👉 https://t.me/sabahpost

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *