COVID-19: 3,318 Kes Positif Baharu & 17 Kematian Hari Ini

Dr Noor Hisham

KUALA LUMPUR: Kementerian Kesihatan (KKM) hari ini melaporkan 3,318 kes baharu Covid-19 berbanding 3,384 kes semalam dengan 17 kematian.

Ketua Pengarah Kesihatan Dr Noor Hisham Abdullah berkata sebanyak 3,505 kes sembuh dilaporkan dalam tempoh sama, menjadikan jumlah kumulatif kes sembuh sepenuhnya 205,774.

Katanya, daripada jumlah kes baharu itu, 3,311 adalah penularan tempatan manakala 7 jangkitan di luar negara.

Dengan itu, jumlah jangkitan Covid-19 direkodkan dalam negara kini 258,306 kes.

Ketika ini, 51,579 sedang dirawat, dengan 258 di unit rawatan rapi (ICU) dan 119 kes memerlukan bantuan alat pernafasan.

Ikuti kami di Telegram Untuk Mendapatkan Berita Dari Negeri Sabah: klik 👉 https://t.me/sabahpost

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *