COVID-19: 3,288 Kes Positif Baharu, 14 Kematian Hari Ini

Dr Noor Hisham

KUALA LUMPUR: Kes baharu COVID-19 kembali mencatatkan sedikit peningkatan apabila merekodkan 3,288 jangkitan hari ini, berbanding 2,764 semalam.

Menurut Twitter Kementerian Kesihatan (KKM), jumlah kes baharu itu menjadikan kes COVID-19 keseluruhan yang direkodkan di Malaysia kepada 251,604, dengan 52,186 kes aktif.

Sejumlah 3,283 jangkitan adalah membabitkan kes tempatan, merangkumi 1,889 rakyat manakala 1,394 adalah warga asing. Sebanyak lima kes import turut dicatatkan.

Jumlah pesakit yang sembuh daripada wabak itu pula sebanyak 1,929 kes hari ini berbanding lebih 3,000 semalam, sekali gus menjadikan jumlah kumulatif kes sembuh sebanyak 198,495 atau 78.9 peratus daripada keseluruhan jangkitan.

Ketika ini, seramai 285 pesakit COVID-19 ditempatkan di unit rawatan rapi (ICU) manakala jumlah pesakit yang memerlukan bantuan pernafasan adalah 131 orang.

Selain itu, sejumlah 14 kes kematian akibat COVID-19 direkodkan hari ini, sekali gus menjadikan jumlah kumulatif kes kematian akibat wabak itu di negara ini kepada 923, atau 0.37 peratus daripada keseluruhan kes.

Ikuti kami di Telegram Untuk Mendapatkan Berita Dari Negeri Sabah: klik 👉 https://t.me/sabahpost

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *