Lelaki Tanpa Dokumen Ditahan Bersama Kereta Sarat Dengan Petrol

Lelaki berkenaan ditahan bersama kenderaan yang dipandu. – Foto PPM

SEMPORNA: Seorang warga asing ditahan selepas didapati memiliki 25 gelen petrol tanpa lesen dan permit yang sah dalam kejadian di kawasan Jalan Kampung Perigi, di sini, semalam.

Pegawai Pemerintah Markas Operasi Pasukan Polis Marin (PPM) Semporna Mohammad Ismail, berkata dalam kejadian kira-kira jam 10 pagi itu, kesemua petrol terbabit ditemui dalam kereta jenis Proton Iswara yang dipandu suspek berusia 23 tahun.

“Rampasan serta tangkapan itu dibuat PPM Semporna dalam satu operasi pagi semalam dan hasil pemeriksaan menemui sejumlah petrol yang disimpan di dalam kenderaan itu.

Lelaki berkenaan ditahan bersama kenderaan yang dipandu. – Foto PPM

“Pemeriksaan terhadap suspek juga mendapati dia tidak memiliki sebarang dokumen pengenalan diri yang sah,” katanya ketika dihubungi, hari ini.

Ismail berkata, tangkapan dan rampasan kemudian dibawa ke Markas Operasi PPM Semporna untuk siasatan lanjut mengikut Akta Kawalan Bekalan 1961.

“Kesemua 25 gelen berisi petrol itu juga akan diserahkan kepada KPDNHEP untuk tindakan lanjut.

“Pihak PPM sentiasa menggalakkan masyarakat pesisir pantai untuk menyalurkan apa-apa maklumat menerusi aplikasi WhatsApp PPM Wilayah 4 Sabah di talian 0132831197,” katanya.

Ikuti kami di Telegram Untuk Mendapatkan Berita Dari Negeri Sabah: klik 👉 https://t.me/sabahpost

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *