Kerajaan Negeri Sedia RM1 Juta Bantu Anak Sabah Di Asrama IPT

Datuk Arifin Arif

KOTA KINABALU : Kerajaan negeri telah menyediakan peruntukkan tambahan RM1 juta bagi membantu pelajar yang berasal dari Sabah yang berada di Institut Pengajian Tinggi (IPT) awam dan IPT swasta serta Pusat Tahfiz di seluruh Malaysia.

Menteri Tugas-Tugas Khas, Datuk Arifin Arif berkata, IPTA dan IPTS yang mempunyai pelajar Sabah yang tinggal di asrama sewaktu tempoh Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) yang diisytihar kerajaan akan mendapat bantuan itu.

“Bantuan ini adalah bagi membantu IPT-IPT yang menyediakan makanan kepada pelajar yang masih tinggal di sekitar kampus atau Pusat Tahfiz yang menyediakan makanan kepada pelajar.

“Bantuan terbabit akan diluluskan berdasarkan permohonan institusi-intitusi berkenaan di seluruh Malaysia.

“Sebanyak RM200 diperuntukkan kepada setiap seorang dan berdasarkan jumlah pelajar Sabah yang berada di asrama dalam tempoh tersebut, ” katanya dalam satu sidang media yang diadakan di pejabatnya pada Jumaat.

Dalam perkembangan sama, Arifin memberitahu, bantuan itu turut diperluas ke Maktab Perguruan, Sekolah Agama, Madrasah, Sekolah Maad Tahfiz dan seumpamanya.

Bantuan tersebut jelasnya, akan disalurkan terus kepada institusi tersebut untuk diagihkan kepada pelajar yang terlibat. – Utusan Borneo

Ikuti kami di Telegram Untuk Mendapatkan Berita Dari Negeri Sabah: klik 👉 https://t.me/sabahpost

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *