Pasar malam, Kedai gunting Rambut, Pusat Cuci Kereta Dibenarkan Beroperasi Mulai Esok

KUALA LUMPUR: Pasar malam, kedai gunting rambut dan pusat cuci kereta dibenarkan beroperasi mulai esok.

Menteri Kanan (Keselamatan), Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob, berkata mesyuarat khas hari ini memutuskan tiga jenis perniagaan itu dibenarkan beroperasi dengan prosedur operasi standard (SOP) ketat.

“Operasi pasar malam dibenarkan bermula jam 4 petang hingga 10 malam dengan mematuhi SOP ketat iaitu jarak gerai satu meter antara satu sama lain, hanya satu jalan masuk dibenarkan dan kawalan ketat pasukan Jabatan Sukarelawan Malaysia (RELA).

“Untuk kedai gunting rambut, dibenarkan beroperasi sehingga jam 10 malam dan hanya khidmat gunting rambut dibenarkan.

“Petugas mesti mematuhi SOP ketat iaitu memakai pelindung muka, pelitup muka, apron pakai buang, sarung tangan dan alat mesti dibersihkan menggunakan air panas setiap kali selesai untuk setiap pelanggan,” katanya pada sidang media harian di Kementerian Pertahanan, hari ini.

Ismail Sabri berkata, operasi perniagaan pusat cuci kereta juga dibenarkan sehingga jam 10 malam.

Ikuti kami di Telegram Untuk Mendapatkan Berita Dari Negeri Sabah: klik 👉 https://t.me/sabahpost

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *