PM Akan Menasihati YDP Agong Untuk Bubarkan Parlimen Sebaik Penularan Covid-19 Reda

KUALA LUMPUR: Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin akan menasihati Yang di-Pertuan Agong, Al-Sultan Abdullah Ri’ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah ibni Almarhum Sultan Haji Ahmad Shah Al-Musta’in Billah untuk bubar Parlimen sebaik penularan Covid-19 reda.

Perkara ini dijelaskan menerusi persidangan perutusan khas yang disampaikan beliau pada hari ini.

Katanya, sebagai Ketua Kerajaan, beliau akan sentiasa menghormati sistem dan proses perundangan negara yang berpaksikan sistem Raja Berperlembagaan dan Demokrasi Berparlimen.

“Saya ingin ulangi komitmen saya bahawa saya akan menasihati Kebawah Duli Yang Maha Mulia Seri Paduka Baginda Yang di-Pertuan Agong untuk membubarkan Parlimen sebaik sahaja penularan wabak COVID-19 telah reda dan Pilihan Raya Umum adalah selamat untuk diadakan,” jelasnya dalam perutusan tersebut.

Malah, dalam perutusan hari ini juga Perdana Menteri menyeru kepada ahli politik kerajaan mahupun pembangkang untuk sama-sama berganding bahu dan menggembleng usaha untuk memerangi wabak Covid-19 tanpa mengira perbezaan fahaman politik.

Seperti mana yang kita ketahui, Proklamasi Darurat yang dimasyhurkan oleh Ketua Negara adalah untuk membendung penularan Covid-19 dengan lebih berkesan dan melindungi nyawa rakyat.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *