COVID-19: 4,571 Kes Positif Baharu Hari Ini & 17 Lagi Kematian

PUTRAJAYA: Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) memaklumkan bahawa terdapat 4,571 kes baharu Covid-19 yang dilaporkan pada hari ini.

Menerusi maklumat yang dikongsikan melalui akaun Twitter rasmi KKM, 4,571 kes baharu yang dilaporkan pada hari ini menjadikan jumlah kumulatif kes Covid-19 yang dilaporkan meningkat kepada 231,483 kes secara keseluruhan.

Daripada 4,571 kes baharu yang dilaporkan pada hari ini, sebanyak 4,568 merupakan kes tempatan manakala 3 lagi adalah kes import.

Jumlah kes aktif yang dilaporkan pula adalah sebanyak 48,771 kes. Mereka telah diasingkan dan diberikan rawatan.

Terdapat 308 kes yang sedang dirawat di ICU termasuk 135 kes memerlukan alat bantuan pernafasan.

Jumlah kes discaj yang dilaporkan pada hari ini pula adalah sebanyak 4,092. Oleh itu, jumlah kumulatif kes discaj meningkat kepada 181,886 kes.

KKM juga turut memaklumkan bahawa terdapat 17 kes kematian yang dicatatkan pada hari ini.  Justeru, jumlah kumulatif kes kematian meningkat kepada 826 kes.

Ikuti kami di Telegram Untuk Mendapatkan Berita Dari Negeri Sabah: klik 👉 https://t.me/sabahpost

Sumber: Kementerian Kesihatan Malaysia

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *