Masa Untuk Kerajaan Timbang Buka Semua Sektor Perniagaan – PBS

Datuk Johnny Mositun

KOTA KINABALU, 4 Feb : Kerajaan negeri dan persekutuan perlu mempertimbangkan untuk membuka semua sektor perniagaan bagi membantu membina semula perniagaan dan kehidupan peniaga yang terjejas dengan pandemik COVID-19.

Naib Presiden Parti Bersatu Sabah (PBS) Datuk Johnny Mositun berkata penguatkuasaan Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) dilanjutkan 18 Feb ini telah menjejaskan perniagaan seperti butik, spa dan kedai gunting rambut yang ditutup semasa tempoh tersebut.

“Rakyat sedar ancaman COVID-19 dan oleh itu memastikan tahap pematuhan prosedur operasi standard (SOP) yang tinggi bagi membendung penularan wabak itu.

“Beberapa pengusaha peniagaan yang terjejas adalah terdiri daripada ibu bapa tunggal dan penanggung tunggal keluarga dan mereka juga mempunyai perbelanjaan bulanan seperti sewa, bayaran utiliti serta gaji kakitangan.

“Saya bimbang peniagaan kecil mungkin tidak dapat bertahan pada pusingan kedua PKP ini. JIka ini berlaku, mereka akan menderita dan kita tidak mahu ini berlaku,” katanya dalam kenyataan di sini hari ini.

Menurutnya, rakyat telah menyesuaikan diri dengan norma baharu dalam kehidupan serta rutin harian mereka dan oleh itu kerajaan perlu mempunyai keyakinan terhadap mereka untuk mematuhi SOP bagi mencegah penularan COVID-19. – BERNAMA

Ikuti kami di Telegram Untuk Mendapatkan Berita Dari Negeri Sabah: klik 👉 https://t.me/sabahpost

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *