Bayaran Rayuan GKP 2.0 Dibuat Pada 5 Februari Ini

KUALA LUMPUR: Bayaran bagi permohonan rayuan Geran Khas Prihatin (GKP 2.0) akan dibuat pada 5 Februari 2021.

Semakan status kelulusan boleh dibuat mulai 4 Februari 2021 melalui portal GKP, iaitu https://gkp.hasil.gov.my.

Menteri Kewangan, Tengku Datuk Seri Zafrul Tengku Abdul Aziz berkata, tempoh permohonan rayuan GKP 2.0 telah dibuka antara 7 hingga 21 Disember tahun lalu.

“Sukacita dimaklumkan bahawa hampir 52,000 perusahaan kecil dan sederhana (PKS) mikro diluluskan menerima untuk rayuan GKP 2.0 dengan peruntukan sebanyak RM155 juta.

“Pembayaran akan dikreditkan terus ke akaun bank yang didaftarkan ketika permohonan rayuan dibuat,” katanya dalam kenyataan hari ini.

Menurutnya, di bawah pakej rangsangan ekonomi Kita Prihatin, kerajaan telah membuka semula permohonan untuk GKP 2.0 yang juga bantuan kewangan secara one-off berjumlah RM3,000 kepada PKS mikro berkelayakan dan tidak pernah menerima GKP sebelum ini.

Katanya, GKP 2.0 bertujuan meringankan beban kewangan perniagaan ekoran penularan wabak Covid-19 dan bagi meningkatkan produktiviti pengeluaran dan

perkhidmatan demi kelangsungan PKS mikro.

Di bawah GKP 1.0 dan 2.0 yang diumumkan sebelum ini, lebih 850,000 PKS mikro seluruh negara telah menerima

manfaatnya dengan jumlah keseluruhan bantuan sebanyak RM2.55 bilion.

“Mengambil kira GKP 1.0 dan GKP 2.0 termasuk rayuan

yang diluluskan, jumlah keseluruhan penerima GKP adalah hampir 900,000 PKS mikro dengan jumlah bantuan kewangan sebanyak RM2.7 bilion,” katanya.

Ikuti kami di Telegram Untuk Mendapatkan Berita Dari Negeri Sabah: klik 👉 https://t.me/sabahpost