Pemohon BSH & BPN 2.0 Yang Telah Lulus Tak Perlu Kemaskini BPR 2021 Jika Tiada Sebarang Perubahan Maklumat – LHDN

Lembaga Hasil Dalam Negeri Malaysia (LHDNM) memaklumkan bahawa pemohon Bantuan Sara Hidup (BSH) 2020 dan Bantuan Prihatin Nasional (BPN) 2.0 yang telah lulus tidak perlu mengemaskini permohonan Bantuan Prihatin Rakyat (BPR) 2021.

Pemohon tidak perlu mengemaskini sekiranya tiada sebarang perubahan atau penambahan maklumat.

Minggu lalu, Menteri Kewangan, Tengku Datuk Seri Zafrul Tengku Abdul Aziz memaklumkan bahawa pelaksanaan Fasa Pertama Bantuan Prihatin Rakyat (BPR) telah dipercepatkan dari bulan Mei kepada akhir Februari.

Untuk mengetahui maklumat lanjut dan mempunyai sebarang kekeliruan mengenai BPR 2021 ini, anda boleh melayari pautan INI.

Ikuti kami di Telegram Untuk Mendapatkan Berita Dari Negeri Sabah: klik 👉 https://t.me/sabahpost

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *