COVID-19: 4,214 Kes Baharu & 10 Kematian Hari Ini

PUTRAJAYA, 1 Feb : Malaysia mencatatkan 4,214 lagi kes baharu COVID-19 pada hari ini, menjadikan jumlah kumulatif kes sebanyak 219,173 kes setakat ini.

Menurut Ketua Pengarah Kesihatan, Tan Sri Dr Noor Hisham Abdullah, sebanyak 4,205 merupakan kes tempatan manakala sembilan lagi merupakan kes import.

Sementara itu, sebanyak 4,280 kes sembuh telah dilaporkan, menjadikan jumlah kumulatif kes sembuh sebanyak 170,329 kes (77.7 peratus).

Seramai 316 pesakit kini sedang dirawat di unit rawatan rapi (ICU) di mana 137 daripadanya memerlukan bantuan pernafasan.

Sebanyak 10 kematian turut dilaporkan hari ini, semuanya melibatkan warganegara. Angka ini menjadikan jumlah kematian berkait COVID-19 di Malaysia adalah sebanyak 770 kes, bersamaan kira-kira 0.35 peratus.

Takziah diucapkan kepada keluarga mangsa.

Ikuti kami di Telegram Untuk Mendapatkan Berita Dari Negeri Sabah: klik 👉 https://t.me/sabahpost

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *