Penyewa Di Lapan PPR Sandakan Tidak Perlu Bayar Sewa Selama 3 Bulan

SANDAKAN:  Ekoran Perintah Kawalan Pergerakan (PKP), penyewa di Projek Perumahan Rakyat (PPR) di Sandakan tidak perlu membayar sewa selama tiga bulan bermula Januari ini.

Presiden Majlis Perbandaran Sandakan, Wong Foo Tin berkata pengecualian pembayaran sewa PPR disewa di bawah pengurusan Kementerian Kerajaan Tempatan Dan Perumahan Sabah di Sandakan.

Beliau berkata pengecualian pembayaran berkenaan bermula dari bulan Januari 2021 hingga Mac 2021.

Wong Foo Tin

Wong berkata ini adalah selaras dengan arahan yang dikeluarkan oleh Kementerian Kerajaan Tempatan Dan Perumahan Sabah.    

Terdapat lapan PPR yang telah disewakan di Sandakan iaitu Mesra, Murni, Batu Sapi, Muhibbah, Sungai Manila, Gum-Gum, Harmoni dan Lintas Sibuga.

Satu lagi, PPR Batu Putih yang baharu siap dan kini dijadikan sebagai Pusat Kuarantin COVID-19.  

Ikuti kami di Telegram Untuk Mendapatkan Berita Dari Negeri Sabah: klik 👉 https://t.me/sabahpost

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *