Covid-19: Kes Paling Tinggi Hari Ini, 5,728 Kes Positif, 13 Kematian

PUTRAJAYA: Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) ingin memaklumkan status terkini kes positif Covid-19 di Malaysia setakat hari ini, 30 Januari 2021 adalah sebanyak 5, 728 kes. Ini menjadikan jumlah kumulatif kes positif di negara kita meningkat kepada 209,661.

Menerusi kiriman daripada Twitter KKM memaklumkan bahawa terdapat 3,805 kes yang telah sembuh dan dibenarkan keluar wad. Ini menjadikan jumlah kumulatif pesakit sembuh meningkat kepada 161,527.

Daripada jumlah baru pesakit Covid-19, secara tidak langsung meningkatkan jumlah kes aktif kepada 47,388. Justeru, terdapat 319 pesakit menerima rawatan di Unit Rawatan Rapi (ICU) termasuklah 120 pesakit yang memerlukan bantuan pernafasan.

Dukacita dimaklumkan bahawa terdapat 13 kematian dilaporkan pada hari ini. Jumlah kumulatif kes kematian terus meningkat kepada 746 kes.

Senarai jumlah kes positif mengikut negeri:

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *