Gempa Bumi Di Laut Sulawesi, Mungkin Dirasai Di Tawau – MetMalaysia

KUALA LUMPUR, 29 Jan : Gempa bumi lemah berukuran 3.5 pada skala Richter dikesan berlaku di Laut Sulawesi pada 1.42 pagi tadi.

Jabatan Meteorologi Malaysia (MetMalaysia) dalam kenyataan memaklumkan gegaran gempa bumi lemah itu mungkin dirasai di sekitar Tawau, Sabah.

Pusat gempa bumi itu terletak 197 kilometer selatan Semporna, Sabah dan pada kedalaman 141 kilometer. – BERNAMA

1381