COVID-19: 4,275 Kes Baharu Hari Ini Paling Tinggi Pernah Dilaporkan, 7 Kes Kematian Baharu

PUTRAJAYA: Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) memaklumkan bahawa terdapat 4,275 kes baharu Covid-19 yang dilaporkan pada hari ini. Menurut KKM, kes positif baharu serta kes sembuh pada hari ini adalah merupakan paling tinggi pernah dilaporkan.

Menerusi maklumat yang dikongsikan melalui akaun Twitter rasmi KKM, 4,275 kes baharu yang dilaporkan pada hari ini menjadikan jumlah kumulatif kes Covid-19 yang dilaporkan meningkat kepada 180,455 kes secara keseluruhan.

Daripada 4,275 kes baharu yang dilaporkan pada hari ini, sebanyak 4,264 merupakan kes tempatan manakala 11 lagi adalah kes import.

Jumlah kes aktif yang dilaporkan pula adalah sebanyak 42,769 kes. Mereka telah diasingkan dan diberikan rawatan.

Terdapat 260 kes yang sedang dirawat di ICU dan daripada itu, 667 kes memerlukan alat bantuan pernafasan.

Jumlah kes discaj yang dilaporkan pada hari ini pula adalah sebanyak 4,313. Oleh itu, jumlah kumulatif kes discaj meningkat kepada 137,455 kes. Kes discaj pada hari ini juga dilaporkan merupakan paling tinggi pernah dicatatkan.

KKM juga turut memaklumkan bahawa terdapat 7 kes kematian yang dicatatkan pada hari ini.  Justeru, jumlah kumulatif kes kematian meningkat kepada 667 kes atau bersamaan dengan 0.4% secara keseluruhannya.

Ikuti kami di Telegram Untuk Mendapatkan Berita Dari Negeri Sabah: klik 👉 https://t.me/sabahpost

912