Harga RON95, RON97 & Diesel Naik Lagi

KUALA LUMPUR: Harga runcit petrol RON95 dan RON97 naik satu sen berkuat kuasa 23 hingga 29 Januari ini.

Kementerian Kewangan menerusi satu kenyataan pada Jumaat memaklumkan, harga runcit RON95 yang sebelum ini RM1.89 seliter dinaikkan kepada RM1.90 seliter sepanjang tempoh berkenaan.

Sementara harga runcit bagi RON97 dinaikkan kepada RM2.20 seliter berbanding RM2.19 seliter sebelum ini.

Kementerian tersebut juga mengumumkan peningkatan harga runcit diesel iaitu daripada RM2.05 seliter kepada RM2.09 seliter.

Kementerian Kewangan berkata ia berdasarkan penetapan harga runcit produk petroleum secara mingguan menggunakan formula Mekanisme Harga Automatik (APM).

“Kerajaan akan terus memantau kesan perubahan harga minyak mentah dunia serta mengambil langkah yang bersesuaian bagi memastikan kebajikan dan kesejahteraan rakyat terus terpelihara,” kata kementerian itu lagi.

Ikuti kami di Telegram Untuk Mendapatkan Berita Dari Negeri Sabah: klik 👉 https://t.me/sabahpost

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *