PKP 7 Negeri Dilanjutkan Hingga 4 Februari

Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob

KUALA LUMPUR: Kerajaan melanjutkan tempoh Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) terhadap tujuh negeri yang sepatutnya tamat pada 26 Januari ini, dilanjutkan hingga 4 Februari depan.

Tujuh negeri terbabit ialah Pulau Pinang, Selangor, Wilayah Persekutuan (Kuala Lumpur, Putrajaya, Labuan), Melaka, Johor, Kelantan dan Sabah.

Menteri Kanan (Keselamatan), Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob, berkata ia susulan perkembangan semasa dan trend peningkatan kes COVID-19 di negeri terbabit.

Ikuti kami di Telegram Untuk Mendapatkan Berita Dari Negeri Sabah: klik 👉 https://t.me/sabahpost

3719