COVID-19: 3,170 Kes Positif, 12 Kematian

PUTRAJAYA: Sebanyak 3,170 kes jangkitan Covid-19 dicatatkan hari ini sekaligus menjadikan jumlah kes positif di Malaysia adalah sebanyak 172,549 setakat Khamis (21 Januari 2020), jam 12 tengahari.

Menurut perkongsian terkini Ketua Pengarah Kesihatan, Tan Sri Dr Noor Hisham Abdullah menerusi Twitter rasmi beliau, oleh itu jumlah kes aktif dengan kebolehjangkitan Covid-19 adalah sebanyak 41,755 kes.

Daripada 3,170 kes baharu pada hari ini, lapan (8) kes import yang mendapat jangkitan dari luar negara manakala penularan dalam negara pula adalah 3,162 kes.

Kuala Lumpur melaporkan kes harian baharu tertinggi iaitu sebanyak 576 kes diikuti Selangor 545 kes, Johor 423 kes, Sabah 401 kes dan lain-lain.

Berikut merupakan pecahan kes baharu mengikut negeri:

Ikuti kami di Telegram Untuk Mendapatkan Berita Dari Negeri Sabah: klik 👉 https://t.me/sabahpost

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *