Baiki Segera Kawasan Tanah Runtuh Demi Keselamatan – ADUN Kundasang

Joachim Gunsalam meninjau kawasan tanah runtuh yang berlaku berhampiran Taman Negara Kinabalu di Kundasang hari ini.

RANAU: Tanah runtuh membabitkan kawasan letak kereta di Taman Negara Kinabalu di Kundasang perlu dibaiki segera bagi mengelak kejadian tidak diingini.

ADUN Kundasang, Joachim Gunsalam, berkata kawasan tanah runtuh itu berhampiran laluan utama dan ia mendatangkan risiko bahaya kepada pengguna jalan raya.

“Kerja pembaikan perlu dilaksanakan secepat mungkin kerana itu antara laluan utama dan banyak kenderaan awam melalui jalan ini.

“Kita tidak ingin kemalangan jiwa berlaku,” katanya ketika ditemui selepas meninjau kawasan tanah runtuh itu.

Joachim yang juga timbalan ketua menteri turut mengingatkan penduduk di Kundasang supaya sentiasa mengambil langkah berjaga-jaga ketika musim hujan kerana tanah runtuh mungkin boleh berlaku di kawasan mereka.

“Ketika musim hujan ini, keberangkalian berlaku tanah runtuh adalah tinggi, sebab itu penduduk di sini (Kundasang) perlu lebih berhati-hati,” katanya.

Terdahulu, dalam kejadian kira-kira 1 pagi runtuhan tanah itu membabitkan kawasan sepanjang 150m dengan lebar 100m.

Bagaimanapun, tiada kemalangan jiwa atau kerosakan harta-benda dilaporkan berlaku berikutan kejadian itu. – FMT

Ikuti kami di Telegram Untuk Mendapatkan Berita Dari Negeri Sabah: klik 👉 https://t.me/sabahpost

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *