Polis Sudah Kenal Pasti Semua Individu Minum Bir Di Pusat Kuarantin

Pesuruhjaya Polis Sabah, Datuk Hazani Ghazali

KOTA KINABALU: Polis sudah mengenal pasti semua individu yang terbabit dalam video tular sedang minum bir di Pusat Kuarantin dan Rawatan Covid-19 Berisiko Rendah (PKRC) di negeri ini.

Pesuruhjaya Polis Sabah, Datuk Hazani Ghazali berkata, semua individu berkenaan dilaporkan sudah dibenarkan keluar dari PKRC berkenaan selepas tempoh kuarantin mereka tamat.

Katanya, polis akan menjalankan siasatan lanjut dengan memanggil setiap individu terbabit untuk psoal siasat.

“Siasatan menjurus kepada bagaimana minuman itu boleh diperolehi sama ada dibawa masuk sendiri ataupun dengan bantuan pihak lain,” katanya ketika dihubungi, hari ini.

Hazani berkata, pihak terbabit akan dikenakan tindakan undang-undang sekiranya terbukti melanggar peraturan.

Dalam rakaman video berdurasi 12 saat itu memaparkan seramai enam lelaki dan dua wanita sedang minum bir ketika dikuarantin di PKRC terbabit. – HMetro

Ikuti kami di Telegram Untuk Mendapatkan Berita Dari Negeri Sabah: klik 👉 https://t.me/sabahpost

4299