KWSP Buat Pembayaran Pendahuluan Sehingga RM1,000 Bagi Kategori 2

KUALA LUMPUR: Kumpulan Wang Simpanan Pekerja (KWSP) akan membuat pembayaran pendahuluan sehingga RM1,000 bagi permohonan kemudahan i-Sinar Kategori 2.

Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin berkata, inisiatif itu bagi menambah baik kemudahan i-Sinar, terutamanya bagi mereka yang menghadapi pelbagai cabaran akibat Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) serta bencana banjir.

“Proses pembayaran pendahuluan i-Sinar Kategori 2 juga dipermudahkan kerana ahli hanya perlu mengisytiharkan secara kendiri bahawa mereka memenuhi kriteria yang ditetapkan dan menghantar dokumen sokongan secara dalam talian.

“Kerajaan juga telah meminta KWSP memudahkan proses pembayaran pendahuluan ini, yang akan dibuat mulai 26 Januari.

“Maklumat lanjut akan diumumkan oleh KWSP dalam masa terdekat,” kata Muhyiddin hari ini.

Beliau berkata demikian dalam Pengumuman Perdana Menteri Pakej Bantuan Khas yang disiarkan secara langsung pada Isnin. – AWANI

Ikuti kami di Telegram Untuk Mendapatkan Berita Dari Negeri Sabah: klik 👉 https://t.me/sabahpost

87589